Pages

Jika kita mahu, berbicara dengan Allah, maka bersolatlah.. Jika kita mahu Allah berbicara dengan kita, maka baca Quran..
Lelaki Inggris bertanya: "Kenapa dalam Islam wanita tidak boleh jabat tangan dengan Lelaki?"

Syeikh menjawab: "dapatkah kamu berjabat tangan dengan ratu Elizabeth?

Lelaki Inggris menjawab: "Oh tentu tidak boleh! Cuma orang-orang tertentu saja yang dapat berjabat tangan dengan ratu."

Syeikh tersenyum & berkata: “Wanita-wanita kami (Kaum muslimin) adalah para ratu, & ratu tidak boleh berjabat tangan dengan Lelaki sembarangan (yang bukan mahramnya).”

Lalu si Inggris bertanya lagi, "Kenapa perempuan Islam menutupi tubuh dan rambut mereka?"

Syeikh tersenyum dan punya 2 coklat, ia membuka yang pertama terus yang satu lagi tertutup. Dia melemparkan keduanya ke lantai yang kotor.

Syeikh bertanya: “Jika saya meminta Anda untuk mengambil satu coklat, mana yang Anda pilih?"

Si Inggris menjawab: "Yang tertutup...” Syeikh berkata: “Itulah cara kami memperlakukan dan melihat perempuan kami.”

Meletakkan Sutrah (Penghadang) Ketika Solat

APA ITU SUTRAH?

Sutrah adalah suatu yang diletakkan di hadapan orang yang solat setinggi kira-kira pelana unta. Ini adalah berdasarkan suatu hadis dari Abu Musa bin Talhah dari ayahnya, ia berkata, “Rasulullah shallahu ‘alaihi wa sallam (s.a.w.) pernah bersabda,

“Apabila salah seorang kamu sudah meletakkan sesuatu setinggi pelana unta di hadapannya maka solatlah dan jangan pedulikan siapa saja yang melintas di sebalik sutrah tersebut”.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab Solat, no. 499)

Letaknya di depan orang solat atau agak ke kiri/kanan, sejauh 3 hasta (120 cm) dari tempat berdiri. Tinggi sutrah minima 1 hasta (40 cm).

" Apabila baginda S.A.W bersolat (di tempat terbuka yang tiada suatu pun membatasinya) , baginda S.A.W akan mencacakkan tombak di hadapannya , lalu solat menghadap tombak tersebut , sedang para manusia bersolat di belakangnya "
Hadis Al-Bukhari , Muslim dan Ibn Majah

Keterangan:
Orang no.1 menggunakan dinding sebagai sutrahnya
Orang no.2 menggunakan punggung orang sebagai sutrahnya
Orang no.7 menggunakan tiang sebagai sutrahnya
Orang no.3,4,5,6 tidak menggunakan sutrah. Sajadah tidak dapat dianggap sebagai sutrah kerana tingginya kurang dari 1 hasta (40 cm).


Apa yang boleh dijadikan sutrah?
Banyak sebenarnya contohnya: beg, tiang, dinding, tabir, bantal, kerusi malahan mesin jahit atau iron stand sekalipun.Yang pastinya, apa sahaja yang tingginya lebih dari 2-3 kaki dan tidak bergerak. Belakang manusia (iaitu menghadap punggung) juga dianggap sebgai sutrah.
Menurut Imam Nawawi: Sutrah berupa sesuatu yang didirikan atau diletakkan di hadapan seseorang yang bersolat seperti tongkat, kayu, kumpulan batu atau tanah (jika tiada boleh juga tikar atau hamparan solat; pun juga digariskan satu garisan( sebagai langkah terakhir).

Untuk pengetahuan semua, imam adalah sutrah bagi makmum. Belakang makmum juga dikira sutrah. Kata Abu Isa At-Turmudzi: Ilmuwan mengira makmum tidak perlu lagi membuat sutrah masing-masing apabila imam telah membuat sutrah di hadapannya.



Apa hukum melintasi kawasan sempadan sutrah?
Bagi sesiapa yang ingin melintas di hadapan orang yang sedang solat, dia hendaklah memastikan beberapa perkara kerana mungkin perbuatannya membawa kepada dosa. Perkara yang perlu diberi perhatian adalah:

1) Jika dia melintas antara tempat sujud dan tempat berdiri, perbuatan itu adalah haram sama sekali. Bahkan termasuk dosa besar, sama ada orang itu menggunakan sutrah atau tidak.
Menurut Abu Juhaim r.a, Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:- :Jika seseorang tahu balasan yang akan diterimanya akibat melintas di hadapan orang yang sedang solat, berdiri sambil menunggu selama 40 tahun adalah lebih baik daripada dia melintas di hadapan seseorang yang sedang solat itu"-Hadis Riwayat Bukhari: 510&Muslim- 507

2)Tindakan apabila ada orang cuba melintas, halang dengan menghulurkan tangan dan condongkan badan ke hadapan atau merapati sempadan sutrah jika perlu. Suatu ketika baginda s.a.w ingin bersolat, seekor anak kambing melintas di hadapan baginda. Lalu baginda s.a.w. maju mendahuluinya sehingga perutnya menyentuh dinding(sehingga anak kambing tersebut lalu di belakangnya).-Ibn Khuzaimah, Thabarani dan al-Hakim-
Menurut hadis lagi, apabila seseorang di antara kamu solat menghadap sesuatu yang membatasinya daripada manusia, kemudian ada seseorang yang hendak melintas di hadapannya, hendaklah ditolak jauh sejauh kemampuan kamu sebanyak dua kali. Jika dia berkeras melakukannya(untuk melintas) hendaklah kamu melawannya kerana dia adalah syaitan -Al-Bukhari, Muslim dan Ibn Khuzaimah-

 

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi saw bersabda : "Perempuan itu dikahwini kerana 4 perkara,iaitu kerana hartanya,keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya,maka pilihlah kerana agamanya kelak engkau akan bahagia" (Hadis Riwayat Muttafaqun Alaih)